Monday, 2 April 2012 ϟ 16:12 ϟ 0 letters
korang tahu apa itu sahabat?? bunyi sedap kan tetapi pahit buat mereka yang merana...bagi aku sahabat tu seseorang yang akan bersama dengan kita samada semasa senang dan susah manakala kawan hanya berada bersama kita sewaktu senang dan ketika susah kita akan ditinggalkan sendirian....hurmm...ini maksud sahabat la bagi aku...tah tahu la pula bagi korang...ehh...kalau hari tu aku ada kongsikan madah2 tentang cinta...tapi hari nie aku nak kongsikan kat korang tentang persahabatan pula...ayat2 nie korang boleh la gunakan untuk sahabat2 korang nanti...
hurmm...ok la...taknak tulis panjang2...kat sini aku tinggalkan beberapa madah2 persahabatan untuk tatapan korang...
Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam, hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam, esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan, hari-hari kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam, tapi andai esok tiada lagi kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan.
Indahnya dunia hanya sementara, indahnya cinta hanya seketika, indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti, tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti.
Persahabatan tak terbayang kalau hati tak sayang, persahabatan tak syahdu kalau hati tak rindu dan persahabatan tak ada class kalau hati tak ikhlas.
seorang sahabat adalah seseorang yang kamu cintai.. Bukan karena kamu jatuh cinta padanya, namun kamu peduli akan orang itu, dan kamu memikirkannya ketika mereka tidak ada.
sahabat Mungkin adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin dialah orang yang kamu nikahi.
kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata saya, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan saya... itu cara saya berkawan..!!
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat
Mempuynyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Sewaktu dipucak kejayaan, teman-teman mengenal kita.dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita.
Sahabat umpama air di kala dahaga. Sahabat umpama nasi kala lapar.sahabat umpama cahaya di masa gelap.
jika kamu bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi sahabat kamu itu. Jikakamu bermusuhana dengan sahabat mu bersiaplah untuk mengalah demi persahabat kalian.
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahankerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.
sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita kepada kebahagian yang hakiki. sahabat yang setia adalah sahabat yang membawa kita ke jalan yang benar tetapi, sahabat kini membawa ke jalan kesesatan.
bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan, tercipta seribu kenangan. kini hadirnya persahabatan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan. lantaran itu, belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang. malah tak siapa bisa mengubahnya, itulah realiti kehidupan. namun, sebuah persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan di hati yang abadi.
secebis kasih membuatkan kita sayang, seucap janji membuatkan kita percaya, sekecil luka membuatkan kita kecewa. tapi sebuah persahabatan bermakna selamanya.





